ISU SEMASA UPM: SULTAN SELANGOR TITAH NAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DIKEKALKAN
SULTAN SELANGOR TITAH NAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DIKEKALKAN
Khamis lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dilaporkan berkata cadangan menukar semula nama UPM kepada nama asalnya iaitu Universiti Pertanian Malaysia, akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan .Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah menitahkan agar nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dikekalkan dan tidak ditukar kepada Universiti Pertanian Malaysia. Baginda menegaskan bahawa cadangan pertukaran nama tersebut tidak dirujuk kepada baginda selaku Canselor UPM dan juga kepada Lembaga Pentadbir universiti berkenaan.
Baginda menekankan bahawa nama UPM perlu dikekalkan kerana jenama "Putra" yang dilancarkan membawa maksud 'Pertanian Untuk Rakyat'. Selain itu, nama UPM juga diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Baginda mengingatkan agar mereka yang tidak memahami sejarah supaya membaca dan meneliti fakta sejarah sebelum membuat sebarang kenyataan, terutama yang melibatkan UPM.
Susulan titah tersebut, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa beliau akur dan menghormati keputusan Sultan Selangor untuk mengekalkan nama UPM. Beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah muktamad dan tidak akan memanjangkan isu ini lagi.
TULIPS~



Comments
Post a Comment