ANTARA AKU DAN ASMARALOKA : GUNUNG DATUK, NEGERI SEMBILAN
ANTARA AKU DAN ASMARALOKA : GUNUNG DATUK,
NEGERI SEMBILAN
Gunung Datuk adalah salah satu gunung yang terkenal di Negeri Sembilan, Malaysia. Terletak di daerah Rembau, kira-kira 30 kilometer dari bandar Seremban, Gunung Datuk merupakan destinasi popular di kalangan pendaki kerana menawarkan pengalaman mendaki yang mencabar serta pemandangan yang sangat menakjubkan dari puncaknya. Gunung Datuk mempunyai ketinggian sekitar 884 meter dari paras laut. Walaupun tidak terlalu tinggi, trek pendakian yang mencabar menjadikan gunung ini tetap menarik bagi para pendaki.
Saya mempunyai pengalaman yang sangat indah dan berharga ketika berada di Gunung Datuk kerana Gunung Datuk mempunyai pemandangan 360 darjah yang memukau hingga membuatkan saya tidak terkata. Dari sini,saya dapat melihat pemandangan indah kawasan sekitar seperti lembah hijau, perkampungan, serta gunung-gunung lain di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka. Pemandangan ini sangat sesuai untuk aktiviti fotografi dan menikmati keindahan alam. Ketika pendakian Gunung Datuk, saya dan rakan-rakan saya memakan masa lebih kurang 2 hingga 3 jam untuk menaiki gunung dan memakan hanya kurang dari 1 jam untuk turun daripada Gunung Datuk. Masa pendakian bergantung kepada fizikal dan ketahanan pendaki tersebut. Walaupun jaraknya tidak terlalu jauh, trek pendakian agak terjal dan mencabar dengan banyak akar pohon dan batu yang kadang-kadang licin, menjadikannya agak sukar bagi saya namun saya berasa sungguh ge,bira dan bersyukur kerana saya mempunyai pendaki profesional yang bersifat ramah dan banyak mengajar saya dan rakan-rakan tentang langkah mendaki gunung dan sejarah di sebalik Gunung Datuk. Saya juga sempat berkenalan dengan ramai rakan baharu daripada pelbagai lapisan umur dan kaum ketika berehat di kawasan puncak gunung. Hal ini membuktikan semua lapisan masyarakat boleh mengambil pengalaman baharu dengan mendaki Gunung Datuk.
TULIPS





Comments
Post a Comment